Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(1)
Tertakluk kepada subperaturan (3), suatu syarikat insurans hendaklah mengemukakan apa-apa maklumat kuantitatif sebagaimana yang dikehendaki oleh
Perbadanan bagi maksud menghitung markah syarikat insurans itu menurut peruntukan Jadual kepada Perbadanan pada atau sebelum 30 April bagi setiap tahun taksiran.
(2)
Maklumat kuantitatif yang dikehendaki di bawah peraturan ini hendaklah dikemukakan mengikut cara yang diputuskan oleh Perbadanan.
(3)
Subperaturan (1) tidak terpakai bagi suatu syarikat insurans baru dalam tahun taksirannya yang pertama dan kedua.
Taksiran dan pemutusan pemarkahan, kategori premium dan kadar premium