Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(1)
Bagi setiap tahun taksiran, apabila menerima maklumat kuantitatif yang dikehendaki di bawah peraturan 4, Perbadanan hendaklah—
(a)
mentaksirkan dan memutuskan pemarkahan bagi suatu syarikat insurans bagi tahun taksiran itu menurut pemarkahan yang ditentukan dalam Jadual;
(b)
memutuskan kategori premium yang syarikat insurans itu dikelaskan bagi tahun taksiran itu berdasarkan kriteria kuantitatif, kriteria kualitatif dan pemarkahan sebagaimana yang ditentukan dalam Jadual; dan
(c)
memutuskan kadar premium yang terpakai bagi syarikat insurans itu bagi tahun taksiran itu menurut Perintah Perbadanan Insurans
Deposit Malaysia (Premium Pertama dan Premium Tahunan
4
berkenaan dengan
Anggota
Penanggung
Insurans)
2012
[P.U. (A) 497/2012].
(2)
Melainkan jika suatu pemohonan semakan semula dibuat oleh suatu syarikat insurans di bawah peraturan 8, apa-apa keputusan Perbadanan berkenaan dengan apa-apa pemarkahan, atau pengkelasan kategori premium atau kadar premium bagi syarikat insurans itu adalah muktamad.
Kegagalan mengemukakan maklumat kuantitatif