Malaysia legislation

Section 8

of PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (SISTEM PREMIUM BERBEZA BERKENAAN DENGAN ANGGOTA PENANGGUNG INSURANS) 2012

Seksyen 8

Permohonan untuk semakan semula kepada Perbadanan

(1)

Tertakluk kepada subperaturan (2), suatu syarikat insurans yang terkilan dengan pemarkahan, kategori premium dan kadar premium Perbadanan yang diberitahu di bawah peraturan 7 boleh memohon untuk semakan semula secara bertulis selepas 31 Mei tetapi sebelum 1 September tahun taksiran itu.

(2)

Suatu permohonan untuk semakan semula di bawah subperaturan (1)

hanya boleh dibuat atas alasan yang berikut:

5

(a)

terdapat suatu kesilapan dalam maklumat kuantitatif yang dikemukakan oleh syarikat insurans itu kepada Perbadanan di bawah peraturan 4;

(b)

terdapat suatu kesilapan dalam penghitungan oleh Perbadanan akan apa-apa penunjuk aras syarikat insurans itu; atau

(c)

terdapat suatu kesilapan dalam pentaksiran oleh Perbadanan akan kriteria kualitatif, selain taraf pengawasan, di bawah perenggan 11

Jadual.

Semakan semula oleh Perbadanan

Section 8 — PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (SISTEM PREMIUM BERBEZA BERKENAAN DENGAN ANGGOTA PENANGGUNG INSURANS) 2012