Seksyen 3
Pengemukaan maklumat kepada Perbadanan
(1)
Melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam subperaturan (2), suatu anggota penerima deposit hendaklah, bagi setiap tahun taksiran, mengemukakan kepada Perbadanan apa-apa maklumat sebagaimana yang dikehendaki oleh Perbadanan dalam tempoh dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan untuk pentaksiran anggota penerima deposit itu bagi maksud premium menurut
Peraturan-Peraturan ini.
(2)
Subperaturan (1) tidak terpakai—
(a)
bagi suatu anggota penerima deposit yang tidak dikehendaki untuk mengemukakan maklumat kepada Perbadanan sebagaimana yang
P.U. (A) 218 3
dinyatakan dalam subperenggan 16(1) Jadual Pertama atau subperenggan 5(1) Jadual Kedua, mengikut mana-mana yang berkenaan;
(b)
bagi suatu anggota penerima deposit yang tidak dikehendaki untuk membayar premium di bawah subseksyen 47(3) atau perenggan 49A(1)(c) Akta; dan
(c)
berkenaan dengan suatu perniagaan perbankan Islam bagi suatu pihak pemindah yang tidak dikehendaki untuk membayar premium tahunan berkenaan dengan perniagaan perbankan Islam itu di bawah perenggan 49A(1)(d) Akta.