Skip to content

Seksyen 3

Pengemukaan maklumat kepada Perbadanan

of Peraturan-Peraturan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Sistem Premium Berbeza Berkenaan Dengan Anggota Penerima Deposit) 2023

P.U. (A)In forceProvision 3 of 10
Seksyen 3

(1)

Melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam subperaturan (2), suatu anggota penerima deposit hendaklah, bagi setiap tahun taksiran, mengemukakan kepada Perbadanan apa-apa maklumat sebagaimana yang dikehendaki oleh Perbadanan dalam tempoh dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan untuk pentaksiran anggota penerima deposit itu bagi maksud premium menurut

Peraturan-Peraturan ini.

(2)

Subperaturan (1) tidak terpakai—

(a)

bagi suatu anggota penerima deposit yang tidak dikehendaki untuk mengemukakan maklumat kepada Perbadanan sebagaimana yang

P.U. (A) 218 3

dinyatakan dalam subperenggan 16(1) Jadual Pertama atau subperenggan 5(1) Jadual Kedua, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(b)

bagi suatu anggota penerima deposit yang tidak dikehendaki untuk membayar premium di bawah subseksyen 47(3) atau perenggan 49A(1)(c) Akta; dan

(c)

berkenaan dengan suatu perniagaan perbankan Islam bagi suatu pihak pemindah yang tidak dikehendaki untuk membayar premium tahunan berkenaan dengan perniagaan perbankan Islam itu di bawah perenggan 49A(1)(d) Akta.