Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (SISTEM PREMIUM BERBEZA BERKENAAN DENGAN ANGGOTA PENERIMA DEPOSIT) 2023

Seksyen 4

(1)

Bagi tahun-tahun taksiran 2023 dan 2024, Perbadanan hendaklah mentaksirkan suatu anggota penerima deposit bagi maksud premium untuk tahun-tahun taksiran itu berdasarkan kriteria sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.

(2)

Bagi tahun taksiran 2025 dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya,

Perbadanan hendaklah mentaksirkan suatu anggota penerima deposit bagi maksud premium untuk tahun taksiran itu berdasarkan kriteria sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.

(3)

Melainkan jika suatu permohonan semakan semula dibuat oleh suatu anggota penerima deposit menurut peraturan 7, apa-apa keputusan Perbadanan mengenai apa-apa pentaksiran anggota penerima deposit itu adalah muktamad.

Kegagalan untuk mengemukakan maklumat