Malaysia legislation

Section 37

of PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA MALAYSIA (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2018

Seksyen 37

Perbadanan boleh menamatkan perkhidmatan seseorang pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatannya jika pegawai itu telah—

(a)

menyembunyikan apa-apa maklumat tentang kesihatannya dalam borang pemeriksaan perubatan;

(b)

menyembunyikan apa-apa maklumat tentang penglibatannya dalam apa-apa aktiviti yang melanggar undang-undang;

(c)

membuat akuan palsu dalam akuan berkanun sebagaimana yang dikehendaki oleh perenggan 17(1)(b) atau akuan lain sebagaimana yang dikehendaki oleh subperaturan 17(2);

(d)

gagal mematuhi kehendak dalam subperaturan 17(3); atau

(e)

meminda atau memalsukan apa-apa dokumen yang berhubungan dengan pelantikannya.

P.U. (A) 85 22

Penamatan perkhidmatan pegawai yang gagal tapisan keselamatan

Section 37 — PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA MALAYSIA (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2018