Skip to content

Seksyen 38

Penamatan perkhidmatan pegawai yang gagal tapisan keselamatan

of Peraturan-Peraturan Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2018

P.U. (A)In forceProvision 38 of 52
Seksyen 38

(1)

Perbadanan boleh menamatkan perkhidmatan seseorang pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatannya jika pegawai itu gagal tapisan keselamatan.

(2)

Perkhidmatan seseorang pegawai yang gagal tapisan keselamatan setelah disahkan dalam perkhidmatan boleh ditamatkan perkhidmatan mengikut Pindaan

Pelaksanaan Tapisan Keselamatan Bagi Pegawai Yang Dilantik Dalam Perkhidmatan

Awam (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2011) berhubung dengan pindaan pelaksanaan tapisan keselamatan bagi pegawai yang dilantik dalam perkhidmatan awam.