Malaysia legislation
Section 13C
of PERATURAN-PERATURAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN (PINDAAN) 2024
Seksyen 13C
Setelah memutuskan bahawa hak perundingan tunggal perlu ditentukan melalui undi sulit, Ketua Pengarah boleh—
(a)
mengarahkan majikan atau kesatuan sekerja majikan, dalam masa empat belas hari selepas penerimaan arahan atau mana-mana tempoh lain yang dinyatakan dalam arahan, untuk memberi—
(i)
butir-butir pekerja yang berkenaan dengannya permohonan hak perundingan tunggal dibuat dan yang diambil kerja oleh majikan, atau majikan masing-masing yang merupakan ahli kesatuan sekerja majikan, mengikut mana-mana yang berkenaan, pada tarikh permohonan, dalam Borang FC yang ditandatangani oleh pegawai yang bertanggungjawab; dan
(ii)
senarai kesatuan sekerja pekerja yang bersaing untuk hak perundingan tunggal dalam Borang FD; dan
P.U. (A) 241 9
(b)
mengarahkan kesatuan sekerja pekerja yang bersaing untuk hak perundingan tunggal memberikan kepada
Ketua
Pengarah, dalam masa empat belas hari dari tarikh penerimaan arahan atau mana-mana tempoh lain sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan, apa-apa dokumen mengenai pengiktirafan yang diberikan di bawah seksyen 9 Akta kepada kesatuan sekerja itu.
Mengadakan mesyuarat untuk undi sulit