Seksyen 13B
Permohonan bagi penentuan hak perundingan tunggal
of Peraturan-Peraturan Perhubungan Perusahaan (Pindaan) 2024
(1)
Permohonan bagi penentuan hak perundingan tunggal di bawah perenggan 12A(1)(b) Akta hendaklah dibuat dalam Borang FB.
(2)
Jika lebih daripada satu permohonan dibuat di bawah perenggan 12A(1)(b) Akta, tarikh permohonan pertama diterima oleh
Ketua Pengarah hendaklah disifatkan sebagai tarikh permohonan bagi semua permohonan berkenaan.
(3)
Jika persetujuan mengenai hak perundingan tunggal dicapai selepas permohonan di bawah perenggan 12A(1)(b)
Akta dibuat, pemberitahuan itu hendaklah diberikan mengikut cara yang dinyatakan di bawah peraturan 13A dan permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik.