Malaysia legislation

Section 13D

of PERATURAN-PERATURAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN (PINDAAN) 2024

Seksyen 13D

(1)

Setelah menerima semua dokumen di bawah subperaturan 13C,

Ketua Pengarah hendaklah, melalui notis bertulis, mengadakan suatu mesyuarat antara kesatuan sekerja pekerja dengan majikan atau kesatuan sekerja majikan yang berkenaan bagi maksud mengendalikan undi sulit di bawah subseksyen 12A(2) Akta.

(2)

Kesatuan sekerja pekerja yang memohon hak perundingan tunggal dan majikan atau kesatuan sekerja majikan yang berkaitan hendaklah, semasa mesyuarat, menentukan—

(a)

butir-butir pekerja yang layak mengundi dalam undi sulit;

(b)

tarikh dan masa undi sulit;

(c)

tempat undi sulit; dan

(d)

apa-apa perkara lain yang perlu bagi menjalankan undi sulit.

(3)

Jika persetujuan dicapai antara kesatuan sekerja pekerja dengan majikan atau kesatuan sekerja majikan yang berkenaan dengan perkara-perkara di bawah subperaturan (2), persetujuan tersebut hendaklah dalam Borang FE.

(4)

Dalam hal keadaan tiada persetujuan dicapai antara kesatuan sekerja pekerja yang bersaing bagi hak perundingan tunggal dengan majikan atau kesatuan sekerja majikan yang berkenaan mengenai perkara di bawah

P.U. (A) 241 10

subperaturan (2), Ketua Pengarah hendaklah menentukan perkara tersebut dalam Borang FF.

Orang yang layak mengundi