Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Tiada seseorang pun boleh, dalam perjalanan perdagangan atau perniagaannya, atau dalam apa-apa pengiklanan, menggunakan apa-apa pernyataan, ungkapan atau petunjuk—
(a)
yang mungkin mendiskriminasikan atau memboikot apa-apa keluaran kelapa sawit atau barang-barang minyak sawit; atau
(b)
yang tidak menggalakkan, melarang, menghalang atau mempengaruhi mana-mana orang daripada menggunakan atau mengambil apa-apa keluaran kelapa sawit atau barang-barang minyak sawit.
P.U. (A) 55 3
(2)
Bagi maksud subperaturan (1)—
(a)
“apa-apa pernyataan, ungkapan atau petunjuk” termasuklah pernyataan, ungkapan atau petunjuk sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual;
(b)
“ungkapan” termasuklah representasi atau perbuatan; dan
(c)
“keluaran kelapa sawit” dan “minyak sawit” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Lembaga Minyak Sawit
Malaysia 1998 [Akta 582].
(3)
Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun.