Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN PERIHAL DAGANGAN (LARANGAN PENGGUNAAN PERNYATAAN, UNGKAPAN ATAU PETUNJUK) (KELUARAN KELAPA SAWIT DAN BARANG-BARANG MINYAK SAWIT) 2022

Seksyen 2

(1)

Tiada seseorang pun boleh, dalam perjalanan perdagangan atau perniagaannya, atau dalam apa-apa pengiklanan, menggunakan apa-apa pernyataan, ungkapan atau petunjuk—

(a)

yang mungkin mendiskriminasikan atau memboikot apa-apa keluaran kelapa sawit atau barang-barang minyak sawit; atau

(b)

yang tidak menggalakkan, melarang, menghalang atau mempengaruhi mana-mana orang daripada menggunakan atau mengambil apa-apa keluaran kelapa sawit atau barang-barang minyak sawit.

P.U. (A) 55 3

(2)

Bagi maksud subperaturan (1)—

(a)

“apa-apa pernyataan, ungkapan atau petunjuk” termasuklah pernyataan, ungkapan atau petunjuk sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual;

(b)

“ungkapan” termasuklah representasi atau perbuatan; dan

(c)

“keluaran kelapa sawit” dan “minyak sawit” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Lembaga Minyak Sawit

Malaysia 1998 [Akta 582].

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun.