Seksyen 4
Permohonan bagi sijil kesihatan ikan
of Peraturan-Peraturan Perikanan (Pematuhan Kawalan Penyakit Ikan bagi Eksport dan Import) 2012
P.U. (A)In forceProvision 4 of 9
Seksyen 4
(1)
Bagi maksud perenggan 2(c), mana-mana orang yang ingin mengeksport ikan hendaklah memohon kepada Ketua Pengarah bagi suatu sijil kesihatan ikan dalam apa-apa bentuk dan cara yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah.
(2)
Suatu permohonan bagi sijil kesihatan ikan di bawah subperaturan (1)
boleh ditarik balik oleh pemohon pada bila-bila masa sebelum permohonan itu diluluskan atau ditolak.
Kuasa untuk menghendaki maklumat tambahan, dsb.