Seksyen 5
of Peraturan-Peraturan Perikanan (Pematuhan Kawalan Penyakit Ikan bagi Eksport dan Import) 2012
Seksyen 5
(1)
Ketua Pengarah boleh, pada bila-bila masa selepas menerima permohonan di bawah peraturan 4, menghendaki supaya pemohon memberikan Ketua Pengarah apa-apa maklumat atau dokumen tambahan mengenai permohonan itu dalam tempoh yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah.
(2)
Jika apa-apa maklumat atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subperaturan (1) tidak diberikan oleh pemohon dalam tempoh yang ditetapkan atau apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh Ketua Pengarah, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak akan diteruskan, tanpa menjejaskan permohonan baru yang dibuat oleh pemohon.