Seksyen 6
Pemberian atau keengganan memberikan sijil kesihatan ikan
of Peraturan-Peraturan Perikanan (Pematuhan Kawalan Penyakit Ikan bagi Eksport dan Import) 2012
P.U. (A)In forceProvision 6 of 9
Seksyen 6
(1)
Ketua Pengarah boleh, selepas menimbangkan permohonan bagi suatu sijil kesihatan ikan yang dibuat di bawah peraturan 4 dan apa-apa maklumat atau dokumen tambahan yang diberikan di bawah peraturan 5, memberikan atau enggan memberikan sijil itu.
(2)
Keputusan Ketua Pengarah untuk memberikan atau enggan memberikan sijil kesihatan ikan itu, hendaklah disampaikan kepada pemohon melalui notis bertulis.