Malaysia legislation
Section 7
of PERATURAN-PERATURAN PERIKANAN (PEMATUHAN KAWALAN PENYAKIT IKAN BAGI EKSPORT DAN IMPORT) 2012
Seksyen 7
(1)
Ketua Pengarah boleh pada bila-bila masa—
P.U. (A) 95 5
(a)
mengenakan apa-apa syarat tambahan ke atas sijil kesihatan ikan;
atau
(b)
mengubah atau membatalkan apa-apa syarat yang dikenakan ke atas sijil kesihatan ikan.
(2)
Sebelum Ketua Pengarah membuat keputusan di bawah subperaturan (1), dia hendaklah memberi pemegang sijil kesihatan ikan itu—
(a)
suatu notis bertulis mengenai hasratnya untuk berbuat demikian;
dan
(b)
peluang untuk membuat representasi bertulis dalam tempoh yang ditetapkan dalam notis bertulis itu.
(3)
Ketua Pengarah hendaklah, selepas habis tempoh yang ditetapkan dalam notis itu, dan selepas menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat oleh pemegang sijil kesihatan ikan di bawah subperaturan (2), memutuskan sama ada untuk mengenakan, mengubah atau membatalkan mana-mana syarat yang dikenakan di bawah subperaturan (1).
(4)
Ketua Pengarah hendaklah memberi pemegang sijil kesihatan ikan itu suatu notis bertulis mengenai keputusannya di bawah subperaturan (3) dan keputusan itu hendaklah berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan dalam notis bertulis itu.
Kesahan sijil kesihatan ikan