Seksyen 7
Pengeluaran perakuan pendaftaran baharu
of Peraturan-Peraturan Perkapalan Saudagar (Pendaftaran dan Pelesenan Kapal) 2026
P.U. (A)In forceProvision 7 of 14
Seksyen 7
(1)
Pendaftar boleh, setelah dibayar fi sebanyak satu ratus ringgit, mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran baharu sebagai ganti perakuan pendaftaran asal yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini, jika perakuan pendaftaran itu salah letak, hilang, rosak atau musnah.
(2)
Jika suatu perakuan pendaftaran baharu dikeluarkan di bawah subperaturan (1), perakuan pendaftaran asal hendaklah disifatkan telah dibatalkan.