Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN BOMBA (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) (PINDAAN) 2026

Seksyen 2

Pindaan peraturan 7

[P.U. (A) 313/2000], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam peraturan 7—

(a)

dengan menggantikan subperaturan (1) dengan subperaturan yang berikut:

“(1)

Seseorang yang menyetuju terima suatu tawaran untuk mengkompaun suatu kesalahan hendaklah membayar amaun yang dinyatakan dalam notis tawaran itu—

(a)

secara wang tunai dan hendaklah diserahkan secara sendiri kepada Ketua Pengarah atau mana-mana

Pegawai Bomba yang diberi kuasa olehnya secara bertulis;

(b)

melalui kiriman wang, wang pos, perintah juruwang, cek jurubank atau draf bank yang kena dibayar kepada Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan

Penyelamat dan dipalang dengan perkataan

3

“Akaun Penerima Sahaja” dan hendaklah diserahkan secara sendiri atau dihantar melalui pos berdaftar kepada Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan

Penyelamat di alamat

Jabatan

Bomba dan

Penyelamat Malaysia, Lebuh Wawasan, Presint 7,

62250 Putrajaya; atau

(c)

melalui kad kredit, kad debit, kad caj, kad prabayar atau apa-apa bentuk pemindahan wang secara elektronik yang lain ke dalam akaun Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.”; dan

(b)

dengan memotong subperaturan (2) dan (3).

Pindaan Jadual

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN BOMBA (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) (PINDAAN) 2026