Skip to content

Seksyen 3

Firma perunding keselamatan kebakaran

of Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Bomba (Perunding Keselamatan Kebakaran dan Firma Perunding Keselamatan Kebakaran) 2026

P.U. (A)In forceProvision 3 of 4
Seksyen 3

Mana-mana orang boleh memohon untuk didaftarkan sebagai firma perunding keselamatan kebakaran di bawah Akta, jika orang itu—

(a)

merupakan suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016

[Akta 777], suatu perkongsian yang didaftarkan di bawah

Akta Perkongsian 1961 [Akta 135] atau suatu perkongsian liabiliti terhad yang didaftarkan di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012

[Akta 743];

(b)

mengambil kerja sekurang-kurangnya satu orang perunding keselamatan kebakaran yang berdaftar di bawah Akta;

(c)

mengambil kerja sekurang-kurangnya satu orang arkitek profesional yang berdaftar di bawah Akta Arkitek 1967 [Akta 117] atau jurutera profesional yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Jurutera 1967 [Akta 138]; dan

(d)

mempunyai perlindungan insurans indemniti profesional yang sah bagi amaun yang tidak kurang daripada satu juta ringgit.