Skip to content

Seksyen 13

Ketidakpatuhan

of Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Kuarantin dan Pemeriksaan) 2013

P.U. (A)In forceProvision 13 of 30
Seksyen 13

Jika pegawai penguat kuasa semasa pemeriksaan mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau makanan itu mengandungi, mempunyai atau dijangkiti apa-apa perosak atau penyakit, tidak diisytiharkan atau menyalahi undang-undang, tindakan yang berikut boleh diambil:

(a)

menolak kemasukan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau makanan itu;

(b)

jika tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau makanan itu mengandungi, mempunyai atau dijangkiti perosak atau penyakit, mengarahkan pemunya untuk membawa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih,

P.U. (A) 116 12

mikroorganisma atau makanan itu ke kawasan yang telah ditentukan untuk tatacara kuarantin;

(c)

mengkuarantinkan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau makanan itu;

(d)

menyita tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau makanan itu; atau

(e)

menyita pengangkut.