Skip to content

Seksyen 16

Pemeriksaan bagasi bagi orang yang meninggalkan Malaysia

of Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Kuarantin dan Pemeriksaan) 2013

P.U. (A)In forceProvision 16 of 30
Seksyen 16

(1)

Mana-mana orang yang meninggalkan Malaysia dengan apa-apa bagasi yang mengandungi apa-apa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau makanan hendaklah mengisytiharkan kandungan itu kepada pegawai penguat kuasa dan membenarkan bagasinya diperiksa.

(2)

Bagasi boleh diperiksa dan diserahkan mengikut cara sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah dan menjadi tanggungjawab orang itu untuk mengemukakan, membuka, mengeluarkan barang dan mengemaskan semula bagasi itu.

P.U. (A) 116 14