Skip to content

Seksyen 15

Pemeriksaan tumbuhan, binatang, karkas dsb. yang hendak dieksport

of Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Kuarantin dan Pemeriksaan) 2013

P.U. (A)In forceProvision 15 of 30
Seksyen 15

(1)

Tiada tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau makanan boleh dieksport tanpa diperiksa terlebih dahulu oleh pegawai penguat kuasa.

P.U. (A) 116 13

(2)

Bagi maksud subperaturan (1), pemunya tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau makanan hendaklah mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh pegawai penguat kuasa.

(3)

Segala tenaga kerja dan kemudahan yang diperlukan untuk menjalankan pemeriksaan hendaklah disediakan oleh pemunya tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau makanan.

(4)

Jika pegawai penguat kuasa semasa pemeriksaan mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa sesuatu tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau makanan tidak diisytiharkan atau maklumat yang dinyatakan dalam dokumen eksport tidak betul, dia boleh melarang pengeksportan atau menyita tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau makanan itu.

(5)

Pemeriksaan hendaklah dilakukan dengan kehadiran pemunya.