Malaysia legislation

Section 21

of PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN) 2013

Seksyen 21

(1)

Apa-apa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma yang menjalani kuarantin tidak boleh dilepaskan daripada stesen atau premis kuarantin, mengikut mana-mana yang berkenaan, sehingga tempoh kuarantin telah selesai.

(2)

Tempoh kuarantinkan adalah seperti yang berikut:

(a)

sepuluh hari untuk binatang;

(b)

tiga puluh hari untuk tumbuhan;

(c)

tujuh hari untuk ikan.

(3)

Walau apa pun subperaturan (2), Ketua Pengarah boleh menentukan sesuatu tempoh kuarantin yang lain.

Tanggungjawab pemunya binatang hidup yang dikuarantinkan

Section 21 — PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN) 2013