Seksyen 21
Tempoh kuarantin
of Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Kuarantin dan Pemeriksaan) 2013
P.U. (A)In forceProvision 21 of 30
Seksyen 21
(1)
Apa-apa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma yang menjalani kuarantin tidak boleh dilepaskan daripada stesen atau premis kuarantin, mengikut mana-mana yang berkenaan, sehingga tempoh kuarantin telah selesai.
(2)
Tempoh kuarantinkan adalah seperti yang berikut:
(a)
sepuluh hari untuk binatang;
(b)
tiga puluh hari untuk tumbuhan;
(c)
tujuh hari untuk ikan.
(3)
Walau apa pun subperaturan (2), Ketua Pengarah boleh menentukan sesuatu tempoh kuarantin yang lain.