Malaysia legislation
Section 8
of PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN) 2013
Seksyen 8
(1)
Pegawai penguat kuasa boleh menaiki pengangkut bagi maksud pemeriksaan dan tatacara kuarantin.
(2)
Apa-apa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau makanan di dalam pengangkut hendaklah diperiksa mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
(3)
Apa-apa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau makanan di dalam pengangkut tidak boleh dipindahkan tanpa kelulusan pegawai penguat kuasa.
(4)
Jika pegawai penguat kuasa semasa pemeriksaan mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa sesuatu tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau makanan itu mengandungi, mempunyai atau dijangkiti apa-apa perosak atau penyakit, tidak diisytiharkan atau menyalahi undang-undang, dia boleh mengambil tindakan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 13.
(5)
Jika pegawai penguat kuasa telah mengambil tindakan di bawah subperaturan (4), pemunya tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau makanan itu hendaklah mengakui tindakan pegawai penguat kuasa itu melalui apa-apa borang akuan sebagaimana yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah.
Pengemukaan dokumen import oleh pemunya