Seksyen 6
Mel dan kiriman
of Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Kuarantin dan Pemeriksaan) 2013
(1)
Pemunya sesuatu mel atau kiriman hendaklah mengisytiharkan apa-apa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau
P.U. (A) 116 7
makanan yang terdapat dalam mel atau kiriman itu dalam borang pengisytiharan sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
(2)
Mana-mana pemunya yang enggan atau gagal membuat pengisytiharan di bawah subperaturan (1) atau dengan pengetahuan membuat pengisytiharan palsu melakukan kesalahan dan apa-apa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau makanan yang dijumpai hendaklah disita.