Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(1)
Permohonan bagi—
(a)
suatu lesen perkhidmatan sejagat; atau
(b)
suatu lesen perkhidmatan bukan sejagat bagi—
(i)
lesen A untuk menyediakan perkhidmatan kurier masuk dan keluar antarabangsa dan perkhidmatan kurier domestik di Malaysia;
P.U. (A) 78 5
(ii)
lesen B untuk menyediakan perkhidmatan kurier masuk antarabangsa dan perkhidmatan kurier domestik di Malaysia; atau
(iii)
lesen C untuk menyediakan perkhidmatan kurier antara negeri di dalam Malaysia, hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya secara bertulis sebagaimana yang dikehendaki oleh Suruhanjaya dan disertakan dengan fi permohonan yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.
(2)
Suruhanjaya hendaklah mengemukakan permohonan bagi lesen di bawah subperaturan (1) kepada Menteri untuk kelulusannya.
(3)
Bagi maksud menentukan perkhidmatan antara negeri dalam subperenggan (1)(b)(iii), Negeri dan Wilayah Persekutuan yang berikut dianggap sebagai satu negeri:
(a)
Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah
Persekutuan Putrajaya;
(b)
Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Maklumat yang dikehendaki bagi permohonan lesen