Skip to content

Seksyen 5

Pembaharuan lesen

of Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Pos (Pelesenan) 2015

P.U. (A)In forceProvision 5 of 10
Seksyen 5

(1)

Permohonan bagi membaharui lesen hendaklah dibuat kepada

Suruhanjaya secara bertulis sebagaimana yang dikehendaki oleh Suruhanjaya.

(2)

Permohonan bagi membaharui lesen di bawah subperaturan (1)

hendaklah disertakan dengan—

(a)

fi pembaharuan yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga;

(b)

suatu akuan berkanun oleh ahli lembaga pengarah dan ketua pegawai eksekutif pemohon yang menyatakan bahawa kelayakan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama telah dipenuhi; dan

(c)

dokumen atau maklumat lain yang dikehendaki oleh Suruhanjaya.

(3)

Suruhanjaya hendaklah mengemukakan permohonan pembaharuan lesen di bawah subperaturan (1) kepada Menteri untuk kelulusannya.