Malaysia legislation

Section 6

of PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN POS (PELESENAN) 2015

Seksyen 6

(1)

Pemegang lesen hendaklah dengan serta-merta melaporkan kepada

Suruhanjaya jika lesennya hilang atau rosak.

P.U. (A) 78 7

(2)

Suatu permohonan bagi penggantian lesen hendaklah dibuat secara bertulis kepada Suruhanjaya dan hendaklah disertakan dengan apa-apa maklumat yang dikehendaki oleh Suruhanjaya dan fi penggantian yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.

(3)

Jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa kehilangan sesuatu lesen atau kerosakan kepada sesuatu lesen bukan akibat daripada apa-apa fraud atau kecuaian,

Suruhanjaya boleh mengeluarkan suatu lesen gantian dalam bentuk yang sama dengan lesen asal tetapi dengan perkataan “GANTIAN” diendorskan pada lesen itu.

Serah hak atau pindah hak milik lesen

Section 6 — PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN POS (PELESENAN) 2015