Malaysia legislation

Section 7

of PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN POS (PELESENAN) 2015

Seksyen 7

(1)

Pemegang lesen boleh membuat permohonan kepada Suruhanjaya secara bertulis sebagaimana yang dikehendaki oleh Suruhanjaya untuk menyerahhakkan atau memindahkan hak milik lesen kepada mana-mana orang lain.

(2)

Permohonan di bawah subperaturan (1) hendaklah disertakan dengan—

(a)

butir-butir berkaitan dengan serah hak atau pindah hak milik yang dicadangkan itu, termasuk butir-butir pemegang serah hak atau pemegang pindah hak milik yang dicadangkan itu;

(b)

fi serah hak atau pindah hak milik yang dinyatakan dalam Jadual

Ketiga; dan

(c)

suatu akuan berkanun oleh lembaga pengarah dan ketua pegawai eksekutif pemegang serah hak atau pemegang pindah hak milik yang dicadangkan yang menyatakan bahawa kehendak yang dinyatakan dalam Jadual Pertama telah dipenuhi.

(3)

Suruhanjaya hendaklah mengemukakan permohonan bagi serah hak atau pindah hak milik di bawah subperaturan (1) kepada Menteri untuk kelulusannya.

P.U. (A) 78 8

Section 7 — PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN POS (PELESENAN) 2015