Malaysia legislation

Section 9

of PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN POS (PELESENAN) 2015

Seksyen 9

(1)

Pemegang lesen perkhidmatan sejagat hendaklah mematuhi syarat standard lesen seperti yang berikut:

(a)

pemegang lesen hendaklah sebuah syarikat yang diperbadankan di

Malaysia;

(b)

pemegang lesen hendaklah mengekalkan sekurang-kurangnya lima puluh satu peratus pegangan saham tempatan dalam syarikat;

(c)

pemegang lesen hendaklah mengekalkan pejabat berdaftar di

Malaysia;

(d)

pemegang lesen hendaklah mempunyai modal kerja yang mencukupi untuk membolehkannya menjalankan perkhidmatan di bawah Akta dan lesen perkhidmatan sejagat;

(e)

lembaga pengarah dan ketua pegawai eksekutif pemegang lesen hendaklah memenuhi kelayakan yang dinyatakan dalam Jadual

Pertama;

P.U. (A) 78 9

(f)

pemegang lesen hendaklah memaklumkan Suruhanjaya mengenai apa-apa pertukaran pengerusi lembaga pengarah, pengarah, ketua pegawai eksekutif atau apa-apa perubahan yang substantif dalam pegangan saham pemegang lesen dengan seberapa segera yang boleh dilaksanakan;

(g)

pemegang lesen hendaklah membayar fi tahunan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga kepada Suruhanjaya;

(h)

pemegang lesen hendaklah memberikan perkhidmatan sejagat kepada semua pengguna di dalam Malaysia dan boleh memberikan perkhidmatan yang berikut:

(i)

perkhidmatan pos kewangan;

(ii)

perkhidmatan pos elektronik;

(iii)

perkhidmatan kurier; atau

(iv)

apa-apa perkhidmatan tambahan lain yang berhubungan dengan perkhidmatan sejagat;

(i)

pemegang lesen hendaklah mengekalkan pada setiap masa integriti perkhidmatannya;

(j)

pemegang lesen hendaklah dengan apa-apa cara menyiarkan terma dan syarat am perkhidmatannya kepada pengguna;

(k)

pemegang lesen hendaklah menyiarkan maklumat mengenai standard penghantaran dan caj perkhidmatan kurier yang ditawarkannya;

P.U. (A) 78 10

(l)

pemegang lesen hendaklah membayar balik kepada pengguna caj penghantaran yang diterima pada kadar yang ditentukan oleh

Suruhanjaya jika terdapat kelewatan dalam penghantaran barangan pos melalui perkhidmatan kurier;

(m)

pemegang lesen hendaklah melaksanakan tugas dan obligasinya selaras dengan obligasi Kerajaan di bawah konvensyen, perjanjian, pengaturan atau triti yang Malaysia menjadi pihak atau akan menjadi pihak kepadanya;

(n)

pemegang lesen hendaklah mengeluarkan setem pos dengan perkataan “Malaysia” dicetak di atasnya;

(o)

pemegang lesen hendaklah mengemukakan laporan prestasi tahunan kepada Suruhanjaya;

(p)

pemegang lesen hendaklah mengemukakan pelan bencana kepada

Suruhanjaya;

(q)

pemegang lesen hendaklah mematuhi harga minimum bagi perkhidmatan kurier sebagaimana yang ditentukan oleh

Suruhanjaya.

(2)

Pemegang lesen bukan sejagat hendaklah mematuhi syarat standard lesen seperti yang berikut:

(a)

pemegang lesen hendaklah sebuah syarikat yang diperbadankan di

Malaysia;

(b)

pemegang lesen hendaklah mengekalkan pejabat berdaftar di

Malaysia;

P.U. (A) 78 11

(c)

pemegang lesen hendaklah mempunyai modal kerja yang mencukupi untuk membolehkannya menjalankan perkhidmatan di bawah Akta dan lesen perkhidmatan bukan sejagat;

(d)

lembaga pengarah dan ketua pegawai eksekutif pemegang lesen hendaklah memenuhi kelayakan yang dinyatakan dalam Jadual

Pertama;

(e)

pemegang lesen hendaklah memaklumkan Suruhanjaya mengenai apa-apa pertukaran pengerusi lembaga pengarah, pengarah, ketua pegawai eksekutif atau apa-apa perubahan yang substantif dalam pegangan saham pemegang lesen dengan seberapa segera yang boleh dilaksanakan;

(f)

pemegang lesen hendaklah memberikan perkhidmatan kurier mengikut jenis lesen perkhidmatan bukan sejagat dan boleh memberikan apa-apa perkhidmatan tambahan lain yang berkaitan dengan perkhidmatan kurier;

(g)

pemegang lesen hendaklah membayar fi tahunan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga kepada Suruhanjaya;

(h)

pemegang lesen hendaklah mengekalkan pada setiap masa integriti perkhidmatannya;

(i)

pemegang lesen hendaklah menyiarkan terma dan syarat am perkhidmatannya kepada pengguna;

(j)

pemegang lesen hendaklah menyiarkan maklumat mengenai standard penghantaran dan caj perkhidmatan kurier yang ditawarkannya;

P.U. (A) 78 12

(k)

pemegang lesen hendaklah membayar balik kepada pengguna caj penghantaran yang diterima pada kadar yang ditentukan oleh

Suruhanjaya jika terdapat kelewatan dalam penghantaran barangan pos;

(l)

pemegang lesen hendaklah tidak melanggar hak eksklusif yang diberikan oleh Menteri kepada pemegang lesen sejagat untuk mengumpul, menyalur dan menyerahkan surat kurang daripada lima ratus gram dan dengan caj kurang daripada lima ringgit bagi setiap surat tidak termasuk cukai melalui pos biasa di dalam

Malaysia;

(m)

pemegang lesen hendaklah tidak melanggar hak eksklusif yang diberikan oleh Menteri kepada pemegang lesen sejagat untuk mengumpul dan menyalur surat kurang daripada lima ratus gram dan dengan caj kurang daripada lima ringgit bagi setiap surat tidak termasuk cukai melalui pos biasa ke mana-mana tempat di luar

Malaysia;

(n)

pemegang lesen hendaklah mengemukakan laporan prestasi tahunan kepada Suruhanjaya;

(o)

pemegang lesen hendaklah mengemukakan pelan bencana kepada

Suruhanjaya;

(p)

jika pemegang lesen berhasrat untuk menyerahkan balik lesennya, pemegang lesen hendaklah memberikan suatu notis bertulis kepada Suruhanjaya tidak lewat daripada tiga puluh hari dari tarikh penyerahan balik lesen yang dicadangkan;

(q)

pemegang lesen hendaklah mematuhi harga minimum bagi perkhidmatan kurier sebagaimana yang ditentukan oleh

Suruhanjaya.

P.U. (A) 78 13

Section 9 — PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN POS (PELESENAN) 2015