Skip to content

Seksyen 19

Rekod bekas sisa radioaktif

of Peraturan-Peraturan Perlesenan Tenaga Atom (Pengurusan Sisa Radioaktif) 2011

P.U. (A)In forceProvision 19 of 32
Seksyen 19

Pemegang lesen hendaklah menyimpan dan menyenggara rekod bagi setiap bekas sisa radioaktif yang mengandungi butir-butir yang berikut:

(a)

pengenalan nombornya yang unik dan kelas sisa radioaktif;

(b)

jenis radionuklid, jika boleh dilaksanakan berdasarkan asas masing-masing tetapi jika tidak secara kumpulan atau keseluruhan;

P.U. (A) 274 17

(c)

keaktifan setiap radionuklid atau kumpulan radionuklid, cara pengukuran atau anggaran dan tarikh pengukuran atau anggaran;

(d)

asal sisa radioaktif seperti daripada kemudahan, makmal, bilik dan orang;

(e)

bahaya sebenar atau potensi bahaya yang lain termasuklah yang bersifat kimia, patogenik dan berjangkit;

(f)

kadar dos pada 1 meter dan tarikh pengukuran;

(g)

keputusan pengukuran pencemaran permukaan;

(h)

kuantiti sisa radioaktif dari segi bilangan unit, jisim dan isi padu; dan

(i)

nama Pegawai Pengurusan Sisa Radioaktif yang membuat pencirian kandungan bekas sisa radioaktif dan yang menyediakan rekod.