Skip to content

Seksyen 16

Sisa radioaktif yang tidak sesuai untuk pelepasan, buangan atau pelupusan

of Peraturan-Peraturan Perlesenan Tenaga Atom (Pengurusan Sisa Radioaktif) 2011

P.U. (A)In forceProvision 16 of 32
Seksyen 16

Jika sisa radioaktif tidak sesuai untuk dilepaskan, dibuang atau dilupuskan ke persekitaran dalam masa satu tahun dari pewujudannya atau pada bila-bila masa yang lebih lama sebagaimana yang diluluskan oleh Lembaga, pemegang lesen hendaklah -

(a)

mengemukakan suatu cadangan dan memperoleh kelulusan daripada

Lembaga bagi pelupusan sisa radioaktif; dan

(b)

mematuhi mana-mana kehendak yang dibuat oleh Lembaga mengenai rawatan dan pelupusan sisa radioaktif selanjutnya.