Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
Sistem data peribadi hendaklah terbuka untuk pemeriksaan
(1)
Sistem data peribadi hendaklah pada sepanjang masa yang munasabah terbuka untuk diperiksa oleh Pesuruhjaya atau mana-mana pegawai pemeriksa.
(2)
Bagi maksud pemeriksaan di bawah seksyen 101 Akta , Pesuruhjaya atau pegawai pemeriksa boleh menghendaki pengemukaan kepadanya—
(a)
berhubung dengan prinsip am, rekod persetujuan daripada subjek data yang disenggara berkenaan dengan pemprosesan data peribadi oleh pengguna data;
P.U. (A) 335 9
(b)
berhubung dengan prinsip notis dan pilihan, rekod notis bertulis yang dikeluarkan oleh pengguna data kepada subjek data mengikut seksyen 7 Akta;
(c)
berhubung dengan prinsip penzahiran, senarai penzahiran kepada pihak ketiga bagi maksud perenggan 8(b) Akta berkenaan dengan data peribadi yang telah atau sedang diproses olehnya;
(d)
berhubung dengan prinsip keselamatan, polisi keselamatan yang dibangunkan dan dilaksanakan oleh pengguna data bagi maksud seksyen 9 Akta;
(e)
berhubung dengan prinsip penyimpanan, rekod pematuhan mengikut standard penyimpanan;
(f)
berhubung dengan prinsip integriti data, rekod pematuhan mengikut standard integriti data; atau
(g)
apa-apa maklumat lain yang berkaitan yang disifatkan perlu oleh
Pesuruhjaya atau pegawai pemeriksa.