Seksyen 9
Permintaan mengakses data
of Peraturan-Peraturan Perlindungan Data Peribadi 2013
P.U. (A)In forceProvision 9 of 15
Seksyen 9
(1)
Jika seorang subjek data tidak menghendaki suatu salinan data peribadi, subjek data hendaklah memaklumkan secara bertulis tentang niatnya kepada pengguna data apabila membuat permintaan mengakses data peribadinya.
(2)
Apabila pengguna data menerima permintaan mengakses data daripada subjek data menurut subseksyen 30(2) Akta, pengguna data hendaklah mengakui penerimaan permintaan itu.
P.U. (A) 335 8