Malaysia legislation
Section 23
of PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN PENGGUNA (JUALAN KREDIT) 2017
Seksyen 23
Kad kuasa
(1)
Mana-mana orang yang bertindak bagi pihak pemberi kemudahan kredit tidak boleh—
(a)
memungut atau menerima apa-apa bayaran ansuran atau apa-apa amaun yang belum dijelaskan di bawah perjanjian jualan kredit daripada pembeli; atau
P.U. (A) 322 14
(b)
memungut atau menerima barang yang diserahkan balik oleh pembeli di bawah seksyen 24W Akta, tanpa kebenaran daripada pemberi kemudahan kredit itu.
(2)
Bagi maksud memberi kebenaran yang disebut dalam subperaturan (1), pemberi kemudahan kredit hendaklah mengeluarkan suatu kad kuasa kepada orang yang bertindak bagi pihaknya.
(3)
Kad kuasa yang dikeluarkan oleh pemberi kemudahan kredit di bawah subperaturan (2) hendaklah menyatakan dengan jelas maklumat yang berikut:
(a)
nama dan nombor kad pengenalan pemegang kad;
(b)
nama, alamat dan nombor telefon pemberi kemudahan kredit yang mengeluarkan kad kuasa itu;
(c)
nama, jawatan dan tandatangan orang yang diberi kebenaran sedemikian oleh pemberi kemudahan kredit itu;
(d)
nombor kad kuasa; dan
(e)
gambar berwarna terkini orang yang diberi kebenaran sedemikian yang dilekatkan pada kad kuasa itu.
(4)
Gambar yang disebut dalam perenggan (3)(e)—
(a)
hendaklah dalam saiz 3.8 sentimeter tinggi dan 3.2 sentimeter lebar dan hendaklah tanpa birai;
P.U. (A) 322 15
(b)
hendaklah menunjukkan muka penuh orang yang diberi kebenaran sedemikian dan imej dari paras dagu hingga bahagian atas kepala hendaklah tidak kurang daripada 2.54 sentimeter dalam kedudukan menegak; dan
(c)
hendaklah diambil tanpa penutup kepala, kecuali mana-mana orang yang pada kebiasaannya memakai penutup kepala mengikut agamanya atau adat bangsanya dengan syarat bahawa penutup kepala orang itu tidak menyembunyikan bahagian mukanya.
(5)
Mana-mana orang yang bertindak bagi pihak pemberi kemudahan kredit tidak boleh meminjamkan, memindah milik atau menyerahhakkan kad kuasanya kepada mana-mana orang lain.
(6)
Kad kuasa yang dikeluarkan di bawah subperaturan (2) kepada mana-mana orang hendaklah diserahkan balik kepada pemberi kemudahan kredit apabila orang itu tidak lagi bertindak bagi pihak pemberi kemudahan kredit itu.
(7)
Apabila seseorang bertindak bagi pihak pemberi kemudahan kredit berkenaan dengan perjanjian jualan kredit, orang itu hendaklah mengemukakan kad kuasa kepada bakal pembeli atau pembeli.
(8)
Seseorang yang bertindak bagi pihak pemberi kemudahan kredit tidak boleh mengemukakan kad kuasa yang mengandungi apa-apa maklumat yang palsu atau mengelirukan.
(9)
Pemberi kemudahan kredit hendaklah menyimpan dan menyenggarakan rekod bagi semua kad kuasa yang dikeluarkan di bawah subperaturan (2) dan rekod itu hendaklah dikemas kini dari semasa ke semasa.
P.U. (A) 322 16
Kewajipan menyimpan dan menyenggarakan rekod pembayaran