Seksyen 25
Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan dalam
of Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Jualan Kredit) 2017
Peraturan-Peraturan ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(a)
jika orang itu suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit, dan bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit; atau
(b)
jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya.