Seksyen 26
Peruntukan kecualian dan peralihan
of Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Jualan Kredit) 2017
P.U. (A)In forceProvision 26 of 27
Seksyen 26
(1)
Semua urus niaga, urusan dan perjanjian yang dibuat atau disempurnakan menurut undang-undang termasuklah apa-apa hak atau liabiliti di bawah urus niaga, urusan atau perjanjian itu yang wujud sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini hendaklah terus sah di bawah Peraturan-Peraturan ini.
(2)
Apa-apa rayuan atau prosiding yang belum selesai di hadapan Tribunal atau mana-mana mahkamah sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini hendaklah diteruskan seolah-olah Peraturan-Peraturan ini belum berkuat kuasa.
P.U. (A) 322 17
Pembatalan