Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN PENGGUNA (URUS NIAGA PERDAGANGAN ELEKTRONIK) 2024

Seksyen 2

Dalam Peraturan-Peraturan ini —

“pasar dalam talian” ertinya mana-mana tapak urus niaga perdagangan yang dijalankan melalui cara elektronik oleh mana-mana pembekal;

“pembekal pasar dalam talian” ertinya mana-mana orang yang menjalankan perdagangan atau pengiklanan melalui pasar dalam talian;

“pengendali pasar dalam talian” ertinya mana-mana orang yang menyediakan atau mengendalikan pasar dalam talian bagi maksud perdagangan atau pengiklanan.

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN PENGGUNA (URUS NIAGA PERDAGANGAN ELEKTRONIK) 2024