Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
(1)
Mana-mana pihak boleh, tidak lebih daripada empat belas hari sebelum tarikh pendengaran rayuan itu, meminta Setiausaha mengeluarkan saman untuk hadir kepada mana-mana orang dan permintaan itu hendaklah menyatakan—
(a)
nama dan alamat orang yang hendak dipanggil itu;
(b)
fakta yang mengenainya orang itu akan diperiksa dan sebab bagi pemeriksaan itu; dan
P.U. (A) 124 17
(c)
dokumen yang dikehendaki untuk dikemukakan oleh orang itu dan sebab bagi pengemukaannya, jika ada.
(2)
Walau apa pun peraturan 26, saman untuk hadir hendaklah disampaikan secara ke diri kepada orang itu.
(3)
Jika orang yang dipanggil di bawah subperaturan (2) tidak mematuhi saman itu, Tribunal boleh menjalankan kuasanya berkenaan dengan hukuman kerana penghinaan mahkamah di bawah subseksyen 57(2) Akta.
Pendengaran