Skip to content

Seksyen 18

Rayuan boleh didengar bersama

of Peraturan-Peraturan Persaingan (Tribunal Rayuan) 2017

P.U. (A)In forceProvision 18 of 30
Seksyen 18

(1)

Tertakluk kepada subperaturan (2), Tribunal boleh, atas usulnya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak kepada suatu rayuan, memerintahkan mana-mana rayuan yang lain untuk didengar bersama dengan rayuan yang mula-mula disebut itu jika

Tribunal mendapati bahawa—

(a)

hal perkara bagi rayuan-rayuan itu timbul daripada keputusan

Suruhanjaya yang sama; atau

(b)

hal perkara bagi rayuan-rayuan itu melibatkan isu yang serupa.

P.U. (A) 124 19

(2)

Perintah di bawah subperaturan (1) hanya boleh dibuat selepas pihak-pihak kepada rayuan-rayuan yang berkenaan itu telah diberi peluang untuk didengar.