Malaysia legislation

Section 16

of PERATURAN-PERATURAN PERSAINGAN (TRIBUNAL RAYUAN) 2017

Seksyen 16

(1)

Jika rayuan itu ditetapkan untuk pendengaran, Setiausaha hendaklah mengeluarkan notis pendengaran kepada pihak-pihak yang menyatakan tarikh, tempat dan masa pendengaran.

(2)

Pendengaran itu hendaklah dimulakan sebagaimana yang diarahkan oleh anggota Tribunal yang mempengerusikan yang hendaklah bertanggungjawab ke atas penjalanan yang sepatutnya bagi pendengaran apa-apa rayuan.

(3)

Tribunal boleh, jika boleh dilaksanakan, mengelakkan formaliti dalam prosiding itu dan menjalankan pendengaran itu mengikut apa-apa cara yang difikirkannya paling sesuai bagi penyelesaian prosiding yang adil, cepat dan berhemat.

(4)

Melainkan jika diarahkan selainnya oleh Tribunal, seorang saksi boleh didengar jika—

(a)

berkenaan dengan saksi pakar, pernyataan bertulis saksi itu, dan laporan pakar jika ada; dan

(b)

berkenaan dengan mana-mana saksi yang lain, pernyataan bertulis saksi itu,

P.U. (A) 124 18

telah dikemukakan kepada Tribunal sebelum pendengaran itu dan apa-apa arahan

Tribunal yang lain di bawah peraturan 13 telah dipatuhi.

Pendengaran hendaklah secara terbuka

Section 16 — PERATURAN-PERATURAN PERSAINGAN (TRIBUNAL RAYUAN) 2017