Malaysia legislation
Section 17
Seksyen 17
(1)
Pendengaran apa-apa rayuan hendaklah secara terbuka.
(2)
Walau apa pun subperaturan (1), mana-mana bahagian pendengaran boleh diadakan secara tertutup jika Tribunal berpuas hati bahawa semasa pendengaran itu
Tribunal akan mempertimbangkan—
(a)
apa-apa maklumat yang penzahirannya mungkin bertentangan dengan kepentingan awam;
(b)
apa-apa maklumat sulit yang penzahirannya boleh dengan nyata sekali memudaratkan kepentingan perniagaan yang sah bagi apa-apa pengusahaan yang baginya maklumat itu berkaitan; atau
(c)
apa-apa maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal persendirian bagi seseorang individu yang penzahirannya boleh dengan nyata sekali memudaratkan kepentingan individu itu.
Rayuan boleh didengar bersama