Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
(1)
Jika perayu tidak hadir pada tarikh dan masa dan di tempat yang ditetapkan untuk pendengaran tetapi Suruhanjaya hadir, Tribunal boleh, setelah berpuas hati bahawa notis pendengaran telah disampaikan dengan sewajarnya, menolak rayuan itu.
(2)
Jika Suruhanjaya tidak hadir pada tarikh dan masa dan di tempat yang ditetapkan untuk pendengaran tetapi perayu hadir, Tribunal boleh, setelah berpuas hati bahawa notis pendengaran telah disampaikan dengan sewajarnya—
(a)
meneruskan pendengaran itu tanpa kehadiran Suruhanjaya; atau
(b)
menangguhkan pendengaran itu ke suatu tarikh lain.
(3)
Jika mana-mana pendengaran diteruskan tanpa kehadiran Suruhanjaya di bawah perenggan (2)(a), Tribunal hendaklah, sebelum menyelesaikan rayuan itu, menimbangkan apa-apa representasi yang dikemukakan oleh perayu.
(4)
Jika kedua-dua pihak tidak hadir pada tarikh dan masa dan di tempat yang ditetapkan untuk pendengaran, rayuan itu hendaklah ditolak.
(5)
Walau apa pun subperaturan (1) dan (4), tiada rayuan boleh ditolak jika alasan yang munasabah diberikan—
(a)
berkenaan dengan penolakan di bawah subperaturan (1), oleh perayu;
atau
(b)
berkenaan dengan penolakan di bawah subperaturan (4), oleh perayu dan Suruhanjaya.
P.U. (A) 124 20
Pengetepian keputusan