Malaysia legislation
Section 20
Seksyen 20
(1)
Tribunal boleh, atas permohonan pihak yang terkilan, mengetepikan apa-apa keputusan yang dibuat di bawah subperaturan 19(1) dan (2).
(2)
Pihak yang terkilan itu boleh memfailkan suatu permohonan untuk mengetepikan keputusan itu dalam enam salinan dengan Tribunal dalam masa tiga puluh hari dari tarikh keputusan itu diterima dan hendaklah menyampaikan sesalinan permohonan itu kepada pihak yang satu lagi.
(3)
Apabila permohonan di bawah subperaturan (2) diterima, Setiausaha hendaklah menetapkan tarikh, masa dan tempat pendengaran bagi permohonan itu dan hendaklah mengeluarkan notis pendengaran bagi permohonan itu kepada semua pihak.
Perintah persetujuan