Seksyen 1
(1)
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan
Peraturan-Peraturan
Pertubuhan Peladang (Pindaan) 2019.
(2)
Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa pada 1 Mei 2019.
Pindaan peraturan 35
/akn/my/act/pua/2019/115
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
PERATURAN-PERATURAN PERTUBUHAN PELADANG (PINDAAN) 2019 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 115 2019, currently marked in force and first recorded in 2019.
Opening note
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan
Peraturan-Peraturan
Pertubuhan Peladang (Pindaan) 2019.
Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa pada 1 Mei 2019.
Pindaan peraturan 35
Peraturan-Peraturan Pertubuhan Peladang 1983 [P.U. (A) 303/1983], yang disebut
“Peraturan-Peraturan ibu”
dalam
dengan menggantikan subperaturan (1) dengan subperaturan yang berikut:
“(1) Jemaah Pengarah bagi tiap-tiap Pertubuhan Peladang Kawasan hendaklah terdiri daripada—
lima orang ahli yang dilantik oleh Menteri, seorang daripadanya hendaklah merupakan Peladang Muda dan seorang daripadanya hendaklah merupakan Peladang Nita.”;
3
dengan memasukkan selepas subperaturan (1) subperaturan yang berikut:
“(2) Pengerusi
Jemaah
Pengarah bagi
Pertubuhan
Peladang Kawasan hendaklah dipilih melalui suatu undian majoriti daripada jumlah ahli Jemaah dan jika terdapat bilangan undi yang sama banyak, calon-calon yang mempunyai undi yang sama banyak hendaklah mencabut undi untuk menentukan siapa yang akan menjadi pengerusi.
Jemaah Pengarah bagi tiap-tiap Pertubuhan Peladang Negeri hendaklah terdiri daripada—
lima orang ahli yang dilantik oleh Menteri, tiga orang daripadanya hendaklah merupakan—
seorang wakil daripada kementerian yang bertanggungjawab bagi pertanian dan industri asas tani;
Pengerusi Jemaah Pengarah bagi Pertubuhan Peladang Negeri hendaklah dinamakan oleh ahli Jemaah Pengarah daripada kalangan mereka dan diluluskan oleh Menteri.
4
Jemaah Pengarah bagi Pertubuhan Peladang Kebangsaan hendaklah terdiri daripada—
enam orang ahli yang dilantik oleh Menteri, seorang daripadanya hendaklah merupakan wakil daripada kementerian yang bertanggungjawab bagi pertanian dan industri asas tani dan seorang daripadanya hendaklah merupakan wakil daripada kementerian yang bertanggungjawab bagi kewangan.
Pengerusi
Jemaah
Pengarah bagi
Pertubuhan
Peladang Kebangsaan hendaklah dinamakan oleh ahli Jemaah Pengarah daripada kalangan mereka dan diluluskan oleh Menteri.”;
dalam perenggan (4)(b), dengan menggantikan perkataan “tiga” dengan perkataan “dua”;
dalam subperaturan (5), dengan memotong perkataan “di bawah perenggan (1)(c)”;
dengan menggantikan subperaturan (8) dengan subperaturan yang berikut:
“(8)
Kuorum bagi apa-apa mesyuarat Jemaah Pengarah bagi
Pertubuhan Peladang Kawasan, Pertubuhan Peladang Negeri dan
Pertubuhan Peladang Kebangsaan ialah tujuh orang.”.
5
Pindaan peraturan 44
Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam peraturan 35—
Subperaturan 44(1) Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “tiga” dengan perkataan “dua”.
Penerusan pemegangan jawatan
Ahli
Jemaah
Pengarah yang sedia ada yang dipilih dalam
Mesyuarat Agong Tahunan dan dilantik oleh Menteri di bawah perenggan 35(1)(a), (b)
dan (c) Peraturan-Peraturan ibu hendaklah disifatkan telah dipilih atau dilantik dengan sewajarnya di bawah Peraturan-Peraturan ini dan hendaklah terus memegang jawatan sehingga habis tempoh pemilihan atau pelantikan mereka.
Apa-apa perbuatan yang dilakukan, tindakan yang diambil atau keputusan yang dibuat oleh ahli Jemaah Pengarah yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah disifatkan sah dan boleh diteruskan dengan sewajarnya oleh ahli Jemaah Pengarah.
Dibuat 19 April 2019
[LPP(U)20/2 Jld. 9(14); PN(PU2)133/VI]
DATUK MAZLAN BIN ALIMAN
Pengerusi
Lembaga Pertubuhan Peladang
Diluluskan 19 April 2019
[KP/LA/483/8 Jld. 2; PN(PU2)133/VI]
DATO’ SALAHUDDIN BIN AYUB
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
6
FARMERS’ ORGANIZATION ACT 1973
FARMERS’ ORGANIZATION (AMENDMENT) REGULATIONS 2019
Opening note
These regulations may be cited as the
Farmers’ Organization
(Amendment) Regulations 2019.
These Regulations come into operation on 1 May 2019.
Amendment of regulation 35
The Farmers’ Organization Regulations 1983 [P.U. (A) 303/1983], which are referred to as the “principal Regulations” in these Regulations, are amended in regulation 35—
by substituting for subregulation (1) the following subregulation:
“(1) The
Board of
Directors for every
Area
Farmers’
Organization shall consists of—
five members appointed by the Minister, one of whom shall be Peladang Muda and one of whom shall be
Peladang Nita.”;
7
by inserting after subregulation (1) the following subregulations:
“(2) A chairman of the Board of Directors for the Area Farmers’
Organization shall be elected by a majority vote of the total members of the Board and if there is an equal number of votes, the candidates who have the equal number of votes shall draw lots to determine whom to be the chairman.
The Board of Directors for every State Farmers’
Organization shall consists of—
a representative from the ministry responsible for agriculture and agro-based industry;
A chairman of the Board of Directors for the State Farmers’
Organization shall be nominated by the members of the Board from amongst themselves and approved by the Minister.
The Board of Directors for the National Farmers’
Organization shall consists of—
six members appointed by the Minister, one of whom shall be the representative from the ministry responsible for agriculture and agro-based industry and one of whom shall be the representative from the ministry responsible for finance.
A chairman of the Board of Directors for the National
Farmers’ Organization shall be nominated by the members of the
Board from amongst themselves and approved by the Minister.”;
, by substituting for the word
“three”
the word “two”;
by substituting for subregulation (8) the following subregulation:
“(8) The quorum for any meeting of the Board of Directors for the Area Farmers’ Organization, the State Farmers’ Organization and the National Farmers’ Organization shall be seven.”.
Amendment of regulation 44 3.
Subregulation 44(1) of the principal Regulations is amended by substituting for the word “three” the word “two”.
Continuance of holding office 4.
The existing members of the Board of Directors elected in the Annual
General Meeting and appointed by the Minister under paragraphs 35(1)(a), (b) and (c)
of the principal Regulations shall be deemed to have been duly elected or appointed under these Regulations and shall continue to hold office until the expiry of their term of elections or appointments.
9
Any act done, action taken or decision made by the members of the Board of
Directors referred to in subregulation (1) shall be deemed to be valid and may accordingly be continued by the Board of Directors.
Made 19 April 2019
[LPP(U)20/2 Jld. 9(14); PN(PU2)133/VI]
DATUK MAZLAN BIN ALIMAN
Chairman
Farmers’ Organization Authority
Approved 19 April 2019
[KP/LA/483/8 Jld. 2; PN(PU2) 133/VI]
DATO’ SALAHUDDIN BIN AYUB
Minister of Agriculture and Agro-Based Industry