Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
Kertas undi
(a)
suatu kertas undi dalam Borang 2, yang hendaklah mengandungi nama dan kelulusan akademik calon dan menyatakan tarikh dan masa pemilihan itu akan ditutup;
(b)
suatu sampul surat yang ditandakan sebagai Sampul Surat A, dalam
Borang 3, yang hendaklah mengandungi suatu ruangan bagi nama dan tandatangan saksi; dan
P.U. (A) 188 13
(c)
suatu sampul surat yang ditandakan sebagai Sampul Surat B, dalam
Borang 4, yang hendaklah mengandungi nama Pegawai Pengurus dan alamat kertas undi itu akan diterima olehnya.
(2)
Seseorang pengamal perubatan berdaftar penuh boleh menyerahkan suatu akuan berkanun yang ditandatangani olehnya dan memohon Pegawai Pengurus untuk menghantar kepadanya kertas undi baharu dan sampul surat jika—
(a)
dia tidak menerima kertas undi dan sampul surat;
(b)
dia telah menghilangkan kertas undi dan sampul surat; atau
(c)
kertas undi dan sampul suratnya dengan telah tidak sengaja rosak.
(3)
Dalam hal kertas undi baharu dihantar, suatu rekod hendaklah dibuat di bawah nama pengamal perubatan berdaftar penuh itu.
(4)
Tiada pemilihan menjadi tidak sah jika kertas undi tidak diterima oleh pengamal perubatan berdaftar penuh.
(5)
Apabila menerima sampul surat, Pegawai Pengurus atau penolongnya hendaklah mengendors pada luar sampul surat tarikh dan masa menerimanya.
(6)
Semua sampul surat yang diterima selepas tarikh dan masa yang dinyatakan yang disebut dalam perenggan (1)(a) hendaklah ditolak.
Cara mengundi