Seksyen 15
Pembukaan kertas undi
of Peraturan-Peraturan Perubatan 2017
(1)
Pegawai Pengurus hendaklah, sekurang-kurangnya sepuluh hari sebelum tarikh pembukaan Sampul Surat B, memaklumkan tiap-tiap calon mengenai masa, tarikh dan tempat yang dia bercadang untuk membuka Sampul Surat B.
(2)
Calon itu atau penamanya yang telah diberi kuasa secara bertulis olehnya berhak hadir semasa pembukaan sampul surat itu.
(3)
Pegawai Pengurus hendaklah menyebabkan Sampul Surat B dibuka dan hendaklah, sama ada dengan inisiatifnya sendiri atau atas kehendak calon itu atau penamanya, jika dia berpuas hati bahawa mana-mana Sampul Surat A tidak mengikut
Peraturan-Peraturan ini, menolak sampul surat itu tanpa membukanya.
(4)
Sampul Surat A yang ditolak hendaklah dimeterai dalam suatu bungkusan yang berasingan.
P.U. (A) 188 15