Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
(2)
Tiap-tiap pengundi hendaklah memasukkan kertas undi itu ke dalam Sampul
Surat A dan hendaklah menandatangani pada Sampul Surat A di hadapan seorang
P.U. (A) 188 14
pengamal perubatan berdaftar penuh yang lain, Jaksa Pendamai, seorang pegawai kumpulan pengurusan dan profesional dalam perkhidmatan awam atau seorang peguam bela dan peguam cara, yang kemudiannya hendaklah menurunkan tandatangan balas.
(3)
Pengamal perubatan berdaftar penuh itu hendaklah memasukkan Sampul
Surat A ke dalam Sampul Surat B dan hendaklah kemudiannya menghantar Sampul
Surat B yang telah dimeterai itu kepada Pegawai Pengurus atau penolongnya supaya sampai kepadanya tidak lewat daripada masa yang dinyatakan pada tarikh tutup pemilihan.
(4)
Bilangan calon untuk diundi oleh seorang pengamal perubatan berdaftar penuh tidak boleh melebihi bilangan kekosongan yang hendak diisi dalam suatu pemilihan.
Pembukaan kertas undi